Tolong Bantu Fynn Jamal

fynn jamal




Siapa Fynn Jamal? dulu aku penah gunakan lagu dia untuk blog aku ni, Sebenarnya dia seorang pemizik yang bergerak secara solo, Selain popular dengan lagu yang bertajuk 150 juta, Fynn Jamal merupakan seorang pemuzik, penulis dan penyajak yang bergerak secara indie.


Fynn Jamal sudah pun berkeluarga dan telah dikurniakan seorang cahaya mata. Namun sesuatu yang sangat-sangat tidak diingini oleh mana-mana ibu bapa telah terjadi kepada anaknya, Juna. Juna harus menjalani pembedahan sebelum jantung membengkak dan kos untuk melakukannya mencecah RM35 ribu. Ini tulisan Fynn Jamal menerusi Facebooknya hari ini.



assalamualaikum warahmatullahi wabarakaatuhu.
nama saya fynn jamal, dan saya meminta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk membantu saya mencari dana untuk anakanda saya Bakti Arjuna Fitri untuk pembedahan jantung.
kami perlu mencari rm 35 ribu dalam masa terdekat ini sebelum jantung anakanda saya bengkak. anakanda saya berumur 1 bulan 2 minggu dan besarlah harapan saya kalau2 ada sesiapa yang sudi menderma walau sekecil mana. jenis pembedahannya adalah seolah bypass di mana dadanya akan dibuka utk memperbetul lubang di jantungnya.
kalau mahu diganti, berilah nama dan jumlah. saya berjanji akan memulangkan wang tuan / puan bila saya ada wangnya. insyaAllah sebelum hujung tahun ini.
panjang2kanlah rayuan saya ini. moga2 ada yang dapat membantu kami anak beranak.
nur affina yanti binti jamalludin
maybank
164810008992
terima kasih.

Namun ketika ini akaun Maybank tersebut telah pun disekat oleh pihak Maybank. Atas kerjasama rakan-rakan Fynn Jamal, anda boleh membantunya menerusi akaun Maybank Noh Hujan – 564276053946. Bantulah Fynn Jamal sebanyak mana anda termampu dan seikhlas hati anda. Semoga dengan bantuan kita ini dapat meringankan bebannya.

fynn jamal

nota si gemok:  semoga allah merahmati kalian
-blogger sekalian di galak mengopy entry ini
- informasi daripada janny ezra




No comments:

Terjah

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...